Rabu, 19 September 2012

PAMERAN: Kuasa, Harapan dan Tanah

Assalamualaikum semua,
Have any of you been to National Visual Arts Gallery (Balai Seni Visual Negara)?To those who are really into arts, this is a one must-stop destination. Why? Sebabnya memang sangat banyak aktiviti berkaitan seni macam pameran lukisan, fotografi dan lain-lain dijalankan sepanjang tahun kat Balai Seni ni.


Bermula 7 Ogos 2012 lalu, Balai Seni Visual Negara ini mengadakan satu lagi pameran yang menarik iaitu pameran Kuasa, Harapan dan Tanah. Sesuai dengan tajuknya, sememangnya pameran ini dibuat bersempena dengan Hari Kemerdekaan negara yang ke-55.Pameran ini memaparkan karya-karya baru dan lama yang menjadi koleksi tetap Balai Seni Visual Negara. Karya yang dihasilkan oleh pelbagai artis ini merupakan satu luahan rasa yang sekaligus menjadi senjata komunikasi kreatif untuk menyampaikan mesej dan harapan mereka.



"Seni itu sudah lama merdeka. Seni adalah medium penghubung antara manusia sejagat dan juga antara
manusia dengan Pencipta dan alam. Ianya  medium pembina negara bangsa malah seni boleh
menghancurkan kuasa penjajahan fizikal dan juga  mental. 

Bersempena sambutan kemerdekaan yang ke - 55 pada tahun 2012 ini, Pameran KUASA, HARAPAN
DAN TANAH(Power,Hope and Land)  di persembahkan dalam ruang galeri 2B, Balai Seni Visual Negara. Pameran ini  adalah
eksposisi dari  karya koleksi BSVN dari pelbagai medium penghasilan karya dari pengkarya – pengkarya
seni visual dalam ruang , masa  dan pengalaman masing-masing.

Pameran KUASA, HARAPAN DAN TANAH adalah dedikasi buat para patriot seni  yang menggunakan
seni sebagai senjata dan kreativiti dalam menyampaikan  mesej tertentu. Malah tiada darah atau
kematian yang mengiringi perjuangan  tetapi  rakaman visual melalui kepelbagaian medium seni yang 
akan  bertahan  100 tahun lagi. Koleksi ini  adalah tanda pensejarahan pengkarya seni visual  terdahulu
dan kini yang berekspresi dalam berhubung dengan masyarakat sekeliling.  Ianya tanda sokongan dan
percaya kepada kuasa kebebasan suara rakyat, sistem demokrasi   dan rasa cintakan tanah air."
-kurator pameran; Intan Rafiza-

Dengan menghadiri dan menghayati pameran ini, saya lihat bagaimana artis-artis dulu dan sekarang cuba untuk menunjukkan protes dan kebimbangan mereka dalam bentuk karya seni. Antara mesej yang cuba ditunjukkan adalah perebutan kuasa dan keadaan politik negara yang semakin membimbangkan. Terdapat juga karya-karya yang menunjukkan kehidupan masyarakat di negara kita sebelum dan selepas merdeka serta pergelutan untuk kita mencapai kemerdekaan.

It's nice to see that politicians and federal authorities were and are not the only one that are struggling and fighting for our countries. Though their medium of showing their spirit of patriotism are not by holding guns and making promises and speeches, artists' ways of fighting for our countries are more subtle and promotes peacefulness. Isn't nice? Just another useful Islamic methods and Mahatma-Gandhi-kind-of-thing.

So,jom tengok gambar-gambar yang sempat saya ambil waktu opening pameran Kuasa, Harapan dan Tanah pada 7 September 2012.

Sir Henry Gurney K.L.M.G
Artist: Harold Speed
1953
Oil Paint on Canvas









Japanese Troop
Cycling in Malaysia
1941
Cetakan Lamda
Kemuliaan Pada Pahlawan-
Pahlawan Selama-Lamanya
Artist: V.Fedyavskaya
1953
Cetakan Lino
The Reformasi Series-Print III:
From The Arrest

Artist: Siew Lee Wong

2001-5

  Woodcut on Paper

The Reformasi Series-Print IV:
Glowing Unrest

Artist: Siew Lee Wong

2001-5

  Woodcut on Paper

The Reformasi Series-Print V:
Must Prevail

Artist: Siew Lee Wong

2001-5

  Woodcut on Paper

The Reformasi Series-Print II:
From Cabinet The Street 

Artist: Siew Lee Wong

2001-5

  Woodcut on Paper
Demonstrasi Dalam Salji
 
Artist: Syed Ahmad Jama
1959

  Cat Minyak atas Bod

Kebudayaan Malaysia
Artist: Yan Sook Leng

1965

  Tembaga
Perempuan Dengan Keamanan
Artist: L..Lljina

  Lino Cut
on Paper

Kadik Sheikh Fadzir
Artist: Noor Azizan Rahman Paiman

2005

  Mixed-Media on Paper
She was Married at 14 and
had 14 Children

Artist:  Wong Hoy Cheong

1994

  Charcoal and collage on Paper

Shahrizat Abdul Jalil
Artist: NoorAzizan Rahman Paiman

2005

  Mixed-Media on Paper
 Ok, that are some of the pictures of some of the artworks you can find at this Kuasa, Harapan dan Tanah exhibition.Sesiapa yang belum sempat nak melawat pameran ini,jangan risau sebab pameran ini akan berakhir19 November 2012. Jadi, masih ada peluang...

Plus, sekarang di Balai Seni pun ada Pameran Kartun Tulen Malaysia. Memang satu lagi pameran yang menarik dan lawak untuk dilawati. Pameran kartun ni akan habis pada 23 September 2012. Apalagi, silalah melawat Balai Seni Visual sebelum terlambat!


 For more info about exhibitions and activities, please visit Balai Seni Visual Negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan